Kucing baka Persian dirampas di lapangan terbang

Kucing baka Persian yang dirampas Maqis di Skypark FBO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Khamis lalu kerana tidak mempunyai permit import dan dokumen.
Kucing baka Persian yang dirampas Maqis di Skypark FBO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada Khamis lalu kerana tidak mempunyai permit import dan dokumen.
A
A
A

SUBANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas seekor kucing baka Persian yang diimport dari Kemboja di Skypark FBO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini pada Khamis lalu kerana tidak mempunyai dokumen dan permit import.

Pengarah Maqis Selangor, Zambri Hashim berkata, siasatan mendapati kucing itu dibawa masuk oleh warga China menaiki pesawat peribadinya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemilik kucing itu gagal mengemukakan permit import Maqis serta dokumen berkaitan.

“Kegagalan untuk mengemukakan dokumen permit import semasa pemeriksaan di pintu masuk merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama

tempoh tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zambri berkata, adalah penting untuk pengimport mematuhi syarat-syarat pengimportan haiwan peliharaan bagi memastikan ia bebas daripada sebarang risiko penyakit.

Tegas beliau, Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia bagi mengawal, menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara ini.