Naruto dah besar: Shah abai kecaman netizen

No Image Caption
A
A
A

DUA tahun lalu anak kepada penyampai radio Kool FM, Shah Sulaiman, Muhammad Putra Iyyad pernah menjadi fenomena gara-gara nama Naruto.

Pun begitu, ia hanya gurauan semata-mata.

Shah yang juga merupakan pelakon dan pelawak kumpulan Tapaw, berkata, sejak ia tular di media sosial berhubung perkara tersebut, sehingga kini dia tidak ambil tahu tentang komen negatif warganet.

"Memang sejak ia keluar di media sosial ada kawan-kawan yang cakap ada netizen kecam.

"Saya hanya dengar sahaja, memang tak tergerak hati nak baca," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ditanya adakah gurauan panggilan itu melekat sehingga ke hari ini, katanya hanya anak saudaranya sahaja yang memangil begitu.

"Ahli keluarga tidaklah, cuma sepupu dia sahaja yang panggil dia dengan nama tu," jelasnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Shah, 28, turut berharap semoga Iyyad membesar menjadi anak yang soleh.

"Dah dua tahun umur Iyyad, maaf sayang... papa kerja hari ini. Nanti papa balik Pahang ya.

"#throwback sikit dulu-dulu masa bagi nama Naruto. Nasib baik tak betul-betul

"Kalau tak, nama betul kau Putra Naruto dik huhuhu. Semoga jadi anak yang soleh.. Amin," coret Shah.

Mengenai kerjaya, Shah baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Istimewa DFKL berjudul Resort Berhantu yang bakal menemui penonton sekitar bulan April depan.

Selain Shah, ia turut dijayakan oleh barisan lain seperti, Izzue Islam, Ain Edruce, Amirul Fakim, Jaja Ilyas dan ramai lagi.