X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah sebabkan negara jadi mundur

Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Rafie
A
A

SEREMBAN - Rakyat perlu bangkit untuk menolak sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah termasuk pemimpin politik, pegawai kerajaan dan ahli-ahli perniagaan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, hal ini kerana gejala rasuah membawa kemunduran kepada negara.

“Rasuah menyebabkan negara kita tidak mempunyai daya kompetitif di peringkat global.

“Malaysia sebagai sebuah negara kecil perlu mampu menembusi pasaran antarabangsa tetapi kita tidak akan berkemampuan jika usahawan dan rakyat negara ini terjebak dengan rasuah,” katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyokong penuh usaha untuk membanteras rasuah termasuk gerakan Sinar Rasuah Busters yang dilancarkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!