Rasuah kikis kepercayaan awam

Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Fadzli Hashim
Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Fadzli Hashim
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tindakan memberi dan menerima rasuah akan mengikis kepercayaan awam terhadap golongan yang diberi amanah dan tanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, rasuah boleh ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu.

Menurutnya, pemberian seperti wang atau hadiah sebagai habuan, boleh menghakis kepercayaan terhadap institusi mahupun individu yang mengamalkan rasuah.

“Dalam ajaran Islam sendiri, Rasulullah SAW menyatakan bahawa golongan pemberi dan penerima rasuah dilaknat dan tempat mereka di neraka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, sekiranya setiap individu memahami dan menghayati ajaran Islam sebenar, sudah pasti mereka berasa jijik dengan kesan dan keburukan rasuah.

Katanya, ancaman rasuah telah menyebabkan hilangnya integriti sekali gus kredibiliti seseorang itu tercalar.

“Rasuah juga boleh mencemarkan imej seseorang, memporak-perandakan hubungan kekeluargaan, menjatuhkan pentadbiran kerajaan sehingga boleh mengancam kestabilan politik negara,” katanya.

Tambah Ahmad Fadzli, berdasarkan implikasi dan bahayanya rasuah, menjadi tanggungjawab masyarakat dan komuniti untuk membanteras gejala rasuah serta memperkukuh jati diri supaya tidak terjebak dalam perilaku terkutuk itu.

Artikel Berkaitan: