MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika

MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer Timur Laut Sandakan, Sabah.
MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer Timur Laut Sandakan, Sabah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kira-kira 1,160 kilometer (km) Timur Laut Sandakan, Sabah.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan yang ribut itu kini berada kira-kira 379km ke Timur Laut Davao, Filipina.

“Kelajuan maksimum angin adalah 69 kilometer sejam,” menurut kenyataan itu dan menambah, ribut itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: