Covid-19: Kerajaan Selangor teruskan program saringan percuma

Antara petugas kesihatan yang bertugas semasa ujian saringan bersasar Covid-19 di PJS 6 pada Ahad. - Foto FB Amirudin Shari (Amirudin Shari)
Antara petugas kesihatan yang bertugas semasa ujian saringan bersasar Covid-19 di PJS 6 pada Ahad. - Foto FB Amirudin Shari (Amirudin Shari)
A
A
A

SHAH ALAM - Program saringan secara percuma oleh kerajaan negeri Selangor diteruskan di PJS 6 Petaling Jaya pada Ahad.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif menangani Covid-19 itu telah dilaksanakan di beberapa kawasan antaranya Seksyen 19 dan Seksyen 17, Shah Alam serta Klang.

"Di Seksyen 19, Shah Alam baru-baru ini seramai 729 individu telah disaring diikuti Jumaat lalu di Klang dengan hampir 400 individu telah disaring.

"Semalam (Sabtu) di Seksyen 7 hampir 600 individu telah disaring," kongsi beliau di Facebook pada Ahad.

Katanya, program sama akan diteruskan pada masa akan datang di kawasan berisiko dan mudah merebak.

"Antaranya yang mempunyai jumlah kes positif yang berpotensi untuk melonjak serta kawasan seperti rumah penjagaan orang tua.

"Lokasi saringan ditentukan berdasarkan data dan perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat kesihatan daerah," katanya.

Meninjau pelaksanaan Ujian Saringan Bersasar Percuma di Dewan Komuniti PJS 6, Petaling Jaya. Alhamdulillah menerima...

Artikel Berkaitan:

Posted by Amirudin Shari on Saturday, February 20, 2021

Januari lalu, kerajaan negeri mengumumkan Pakej Kita Selangor melibatkan peruntukan RM73.87 juta bagi membantu rakyat dan pihak terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 13 Januari lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM6 juta diperuntukkan untuk ujian saringan bersasar secara percuma yang dijangka memberikan manfaat kepada 50,000 rakyat Selangor.

Ujian saringan bersasar itu akan menumpukan kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas khususnya di pusat penjagaan warga emas dan pusat hemodialisis selain golongan B40 serta mahasiswa anak Selangor.