UMNO akan umum keputusan bila tiba masanya

Shahril Sufian
Shahril Sufian
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO hanya akan mendedahkan sebarang keputusan rasmi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada masa yang ditetapkan tanpa gesaan pihak lain.

Ketua Penerangannya, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, pengumuman mengenai perkara tersebut juga akan dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

"Jika UMNO mahu mengumum atau mendedahkan sebarang keputusan, UMNO akan lakukan mengikut waktu dan garis masanya sendiri.

"Sebarang kenyataan rasmi mengenai keputusan dasar akan datang daripada presiden atau setiausaha agung," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Beliau merujuk kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman yang mahu UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat MKT yang diadakan di Janda Baik pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu minta UMNO dedah keputusan rasmi mesyuarat MKT

Keputusan di tangan MKT UMNO

Shahril turut mempersoalkan 'keresahan' yang ditonjolkan wakil Bersatu yang seolah-olah sengaja mempersoal dan menyerang UMNO secara terbuka.

Artikel Berkaitan:

"Sudah beberapa kenyataan mutakhir dia yang tak henti-henti menyentuh UMNO. Tidak nampak pula kenyataan tentang partinya sendiri.

"Gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang menggesa tersebut," katanya.

Muhammad Faiz antara lain berkata, pendedahan keputusan UMNO penting untuk mereka merancang kempen sama ada secara bersama atau berasingan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

UMNO YANG MESYUARAT, PARTI LAIN YANG RESAH? Saya perhati seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sebuah parti ini...

Posted by Shahril Hamdan on Sunday, February 21, 2021