'Itu memang suara Nik Abduh'

Takiyuddin
A
A

KOTA BHARU – Pas akhirnya mengakui rakaman audio isu parti itu menerima dana daripada UMNO, merupakan suara Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun Takiyuddin berkata, ia tidak menggambarkan maksud yang ingin disampaikan kerana hanya menyentuh sebahagian daripada keseluruhan rakaman.

Menurutnya, kenyataan Nik Abduh dituju kepada hasil derma daripada ahli UMNO, bukan melibatkan sejumlah besar wang dari parti berkenaan.

“Sudah lama Pas bergerak atas dasar kutipan derma, maka bila terima sumbangan kita terima tapi tidak akan persoal penderma ahli parti mana.

“Rakaman hanya menyentuh Pas terima duit UMNO, tapi sebenarnya ulasan mengenai isu itu tidak disiarkan,” katanya, selepas ditemui ketika Majlis Perasmian pembukaan Al-Khatiri Kofee yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kubang Kerian, hari ini.

Rakaman berkenaan tular menjelang PRU14 lalu, namun dinafikan oleh Nik Abduh dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Ia kembali hangat diperkatakan selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah kes samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown awal bulan ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia