Bomba sanitasi 96 sekolah di Perak

Bomba melakukan sanitasi di sekolah yang terlibat dalam peperiksaan SPM. - - Foto ihsan Bomba Perak
Bomba melakukan sanitasi di sekolah yang terlibat dalam peperiksaan SPM. - - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak melakukan proses sanitasi dan disinfeksi di 96 sekolah yang terlibat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, proses sanitasi melibatkan dewan sekolah, bilik darjah dan bilik kebal iaitu tempat penyimpanan kertas soalan telah dilakukan sejak Ahad lalu.

"Proses sanitasi di semua 96 buah sekolah yang akan digunakan untuk peperiksaan SPM selesai hari ini dengan melibatkan pusat peperiksaan sahaja.

"Selain pihak bomba, sanitasi juga dilakukan sendiri oleh pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan," katanya di sini pada Ahad.

Muhamad Shahrizal berkata, bomba turut mengadakan taklimat sanitasi kepada sekolah-sekolah yang menjalankan sanitasi kendiri secara berterusan.

Artikel Berkaitan: