X

Kindly register in order to view this article
!

Polis serbu pusat hiburan ingkar PKP

Seramai 15 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di kawasan Sea Park, Petaling Jaya pada Sabtu.
A
A

PETALING JAYA - Seramai 15 individu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di kawasan Sea Park, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 10.30 malam.

"Dua individu dipercayai pekerja dan penjaga premis berusia 21 dan 38 tahun telah ditahan kerana ingkar arahan kerajaan dengan membuka premis pusat hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

"Pemeriksaan lanjut di dalam premis tersebut mendapati seramai sembilan lelaki dan empat wanita warga tempatan berumur 32 hingga 54 tahun dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan 2021).

"Sebanyak 10 botol minuman keras pelbagai jenama dan sejumlah wang tunai lebih kurang RM545 telah dirampas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!