493 individu ditahan ingkar SOP

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 493 individu ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, dengan 484 individu dikenakan kompaun, manakala sembilan lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan dilakukan ialah merentas daerah/negeri tanpa kebenaran (133), tiada penjarakan fizikal (132), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (117), tidak memakai pelitup muka (70), aktiviti pusat hiburan (15), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (13), keluar rumah tanpa alasan munasabah (5), aktiviti sukan (2) dan enam bagi lain-lain kesalahan.

"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 70,696 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

"Seramai 3,060 Pasukan Pematuhan membabitkan 14,109 anggota membuat pemantauan di 5,894 restoran, pasar raya (4,514), bank (4,217), penjaja (2,697), pasar awam/tani (2,142), kilang (1,673) dan 733 di pejabat kerajaan.

"Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,733), tempat riadah (1,680), terminal pengangkutan darat (2,044), terminal pengangkutan air (320) dan 104 terminal pengangkutan udara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, selain 17 kenderaan darat turut dirampas melalui Operasi Benteng semalam.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: