Barathidasan letak semua jawatan dalam DHPP, Pas

S Barathidasan
S Barathidasan
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), S Barathidasan telah meletakkan semua jawatan yang disandang di dalam DHPP dan Pas disebabkan masalah dan isu yang berterusan dalam parti itu sehingga tidak dapat membawa suara rakyat khususnya masyarakat kaum India.

Menurut beliau, antara jawatan yang dilepaskan ialah urus setia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan raya DHPP Pusat, Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Pusat serta Ahli Jawatankuasa BAKIP yang berkuat kuasa pada 31 Disember lalu.

“Dewan harian DHPP Pas Pusat telah mengadakan mesyuarat pada 21 Februari dan menerima keputusan saya untuk melepaskan semua jawatan.

"Malah saya juga melepaskan keahlian dalam DHPP,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, surat peletakan jawatan tersebut telah disampaikan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP Pusat, N Balasubramaniam pada 30 Disember lepas.

Dalam masa sama beliau berkata, hala tuju masa depan karier politiknya akan ditentukan dalam masa yang terdekat.

“Perjuangan saya demi rakyat dan negara belum selesai lagi, saya akan terus berkhidmat dan menyuarakan rintihan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan: