Taman Eko Rimba, Taman Negeri dibuka kepada pengunjung

Semua kawasan Taman Eko Rimba, Taman Negeri, laluan pendakian dan aktiviti bagi tujuan rekreasi serta treking di Hutan Simpanan Kekal Negeri Sembilan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Sabtu. - Foto Portal rasmi kerajaan Negeri Sembilan
Semua kawasan Taman Eko Rimba, Taman Negeri, laluan pendakian dan aktiviti bagi tujuan rekreasi serta treking di Hutan Simpanan Kekal Negeri Sembilan kembali dibuka kepada pengunjung bermula Sabtu. - Foto Portal rasmi kerajaan Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Semua kawasan Taman Eko Rimba, Taman Negeri, laluan pendakian dan aktiviti bagi tujuan rekreasi serta treking di Hutan Simpanan Kekal Negeri Sembilan kembali dibuka kepada pengunjung awam bermula pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Saleh Awaluddin berkata, walau bagaimanapun semua aktiviti adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kita telah membuka kembali semua Taman Eko Rimba dan Taman Negeri selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, walau bagaimanapun semua aktiviti perlu mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya melalui kenyataan di laman sosial di sini pada Ahad.

Sebelum ini, semua kawasan Hutan Lipur, Taman Negeri, laluan pendakian dan aktiviti bagi tujuan rekreasi, treking, pacuan empat roda dan sebagainya di dalam Hutan Simpanan Kekal di Negeri Sembilan adalah tidak dibenarkan dan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Keputusan itu dibuat selaras arahan MKN melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 bagi membendung penularan Covid-19 di Malaysia.

Artikel Berkaitan: