50,000 pelitup muka, cecair pembasmi kuman untuk pelajar SPM

Mohd Nizar (kanan) menyerahkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Ismail di JPN Kedah, Alor Setar pada Ahad.
Mohd Nizar (kanan) menyerahkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Ismail di JPN Kedah, Alor Setar pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menyampaikan 50,000 pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar B40 di Kedah.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata, sumbangan tersebut boleh digunakan oleh pelajar SPM yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada Isnin.

Menurutnya, pemberian pelitup muka dan cecair pembasmi kuman adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial koporat (CSR) yayasan tersebut dan akan diagihkan kepada sekolah oleh Jabatan Pendididkan Negeri (JPN) Kedah.

"Sumbangan ini telah dilaksanakan di Pahang diikuti Kedah, Johor dan negeri-negeri lain selepas ini. Agihan ini adalah untuk calon SPM dan juga sekolah-sekolah yang akan dibuka pada awal Mac ini.

"Pembahagian kepada setiap negeri adalah tidak sama dan bergantung kepada keperluan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang diperlukan oleh mereka," katanya pada sidang akhbar di JPN Kedah pada Ahad.

Mohd Nizar (dua dari kiri) turun ke SMK Agama Kedah, Alor Setar dan menyerahkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Rashidah pada Ahad.
Mohd Nizar (dua dari kiri) turun ke SMK Agama Kedah, Alor Setar dan menyerahkan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada Rashidah pada Ahad.

Serahan dilakukan sendiri oleh Mohd Nizar kepada Timbalan Pengarah JPN Kedah, Ismail Othman.

Sementara itu, Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, Rashidah Mohd Khairudin berkata, pihaknya menghargai sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman tersebut yang akan dimanfaatkan oleh 145 pelajar yang bakal menduduki SPM di sekolah itu.

Artikel Berkaitan:

“Sumbangan ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada 145 pelajar yang bakal menduduki SPM selain meringankan beban pihak sekolah dalam membekalkan pelitup muka dan pencuci tangan kepada pelajar,” katanya.