X

Kindly register in order to view this article
!

11 dicekup seludup daun ketum guna motosikal

ATM patahkan cubaan 11 PATI seludup keluar daun ketum menggunakan motosikal melalui satu laluan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu.
A
A

KUBANG PASU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mematahkan cubaan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar hampir satu tan daun ketum menggunakan motosikal melalui satu laluan di daerah ini.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), kesemua 11 individu itu ditahan di sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia kira-kira jam 4.30 pagi pada Sabtu.

Dalam kenyataan itu, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan ketika cuba menyeludup keluar 21 guni daun ketum seberat 923 kilogram (kg) ke Thailand.

"Pada jam 4.30 pagi, anggota bertugas yang sedang melakukan rondaan telah mengesan bunyi enjin motosikal dan ternampak sekumpulan orang bermotosikal bergerak menuju ke laluan yang disyaki sebagai laluan penyeludupan.

"Hasil penelitian mendapati kumpulan bermotosikal tersebut membawa guni yang dipercayai berisi daun ketum untuk diseludup ke Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM70,588 melibatkan daun ketum, kenderaan motosikal, wang tunai serta telefon bimbit dan kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kubang Pasu untuk tindakan selanjutnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!