DBKL serbu pusat kecantikan tawar khidmat seks

Tiga orang tukang urut wanita yang disyaki warga Vietnam, seorang pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tiga orang tukang urut wanita yang disyaki warga Vietnam, seorang pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membongkar kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan melalui serbuan di premis terbabit pada Sabtu.

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya membuat risikan awal selama tujuh hari dengan bantuan maklumat daripada orang awam dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di lokasi berkenaan.

Katanya, selain didapati tidak mempunyai lesen perniagaan pusat kecantikan, hasil serbuan turut menahan tiga tukung urut wanita disyaki pekerja seks warganegara Vietnam, seorang pelanggan warga Bangladesh dan seorang warga tempatan sebagai penjaga premis bagi proses dokumentasi oleh pihak DBKL.

“Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan premis telah ditutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan mengikut bidang kuasa serta prosedur operasi standard (SOP) DBKL," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: