Mangsa runtuhan tebing Sungai Kelantan terima bantuan awal

Kerajaan negeri agih bantuan awal RM38,000 kepada mangsa terjejas akibat kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas.
Kerajaan negeri agih bantuan awal RM38,000 kepada mangsa terjejas akibat kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghulurkan bantuan awal sebanyak RM38,000 kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Jalan Pohon Celagi, Pasir Mas pada Rabu.

Sumbangan itu disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah dan perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi Facebook rasminya pada Sabtu.

Seramai 98 mangsa melibatkan 45 keluarga terbabit dalam kejadian runtuhan tebing Sungai Kelantan dan mangsa kini ditempatkan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) serta rumah saudara-mara terdekat.

Akibat kejadian itu, sebanyak lima buah rumah milik penduduk musnah selain beberapa buah rumah lagi mengalami rekahan.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan tiada lagi gelinciran tanah berlaku di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kali terakhir runtuhan itu berlaku pada Khamis lalu.

Bagaimanapun katanya, pihak polis bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan.

Artikel Berkaitan: