Mahfuz tak sembunyi, mengaku tiada ijazah

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
A
A
A

PETALING JAYA - Masih hangat isu ijazah palsu yang melanda pemimpin kerajaan, memilih pendekatan telus, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan dirinya tidak pernah memiliki sebarang ijazah dari mana-mana universiti tempatan mahupun luar negara.

Dalam satu kenyataan medianya, Naib Presiden Amanah menafikan isu tular yang mendakwa beliau seorang lulusan universiti dari luar negara.

“Saya dimaklumkan ada diviralkan yang kata saya didakwa lulusan sebuah universiti luar negara.

“Saya tidak pernah ada apa-apa ijazah dari mana-mana universiti dalam atau luar negara,” katanya.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan beberapa orang pemimpin PH ynag berdepan isu kekeliruan kelulusan akademik dan ia secara tidak langsung merencatkan imej kerajaan.

Artikel Berkaitan: