27,719 calon duduki SPM di Kelantan esok

Seramai 27,719 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2020 bermula Isnin ini hingga 25 Mac depan. - Gambar hiasan
Seramai 27,719 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2020 bermula Isnin ini hingga 25 Mac depan. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 27,719 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 di Kelantan bermula Isnin ini hingga 25 Mac depan.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Kelantan, Harun Yusof berkata, ia membabitkan 243 sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Islam Kelantan, Maktab Rendah Sains Mara dan swasta.

"Peperiksaan tersebut akan dijalankan di 285 buah pusat di seluruh Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Harun turut menasihatkan semua calon untuk menjaga keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

"Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon dan selamat bertugas kepada guru-guru yang terlibat.

"Jawab soalan dengan tenang dan semoga semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan: