X

Kindly register in order to view this article
!

Ancelotti nafi sasar top 4

Kejayaan menewaskan Liverpool menyaksikan Everton kini berada pada kedudukan ketujuh EPL.
A
A

PENGENDALI Everton, Carlo Ancelotti menafikan mengenai sasaran kelab untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik musim ini dan seterusnya menempah slot untuk ke saingan Liga Juara-Juara.

Malah katanya, kedudukan ketujuh dengan 40 mata setakat ini dilihat masih belum memadai untuk skuad kendaliannya itu untuk mencabar kedudukan top four berkenaan.

“Top four? Nanti dulu; kita sekarang mahu memberikan fokus untuk layak ke saingan Liga Europa dan perlu mengelakkan sebarang kekalahan lagi di Goodison Park.

“Kita juga perlu lebih konsisten beraksi di gelanggang sendiri. Kita kini dalam kedudukan yang terbaik untuk mencabar saingan Liga Europa.

“Apa penting sekarang adalah untuk kita terus kan dengan aksi sebegini dalam usaha membantu meningkatkan persefahaman dalam pasukan,” katanya.

Everton kini berada pada kedudukan ketujuh dengan 40 mata setelah berjaya menewaskan Liverpool 2-0, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada awal pagi Ahad.

Sementara itu, Ancelotti menyifatkan kemenangan berkenaan ditujukan khas kepada penyokong-penyokong Everton yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan.

“Bagi saya, kemenangan ini ditujukan khas kepada penyokong yang tidak pernah menyaksikan pasukan kesayangan mereka ini memenangi piala bagi tempoh 26 tahun kebelakangan ini.

“Oleh itu, kemenangan ke atas ‘seteru setempat’ mereka kali ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!