Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat lepas berakhir pada Ahad dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Samarahan ditutup pada jam 10 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, PPS di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka ditutup dan kesemua 67 mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Keadaan cuaca di sekitar daerah terjejas juga dilihat bertambah baik sejak Sabtu.

Beberapa tempat di bandar raya Kuching kembali dilanda banjir pada Jumaat lepas berikutan hujan berterusan, selepas kira-kira sebulan gelombang pertama banjir melanda Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: