X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO, Pas dan Bersatu Selangor bincang kuota agihan JPKKP

Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai pertemuan pimpinan UMNO, Pas dan Bersatu Selangor.
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Nor Omar tanpa berselindung memaklumkan pertemuan bersama pimpinan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor dibuat bagi membincangkan kuota agihan jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Perkara itu dikongsikan di hantaran Facebooknya pada Sabtu beserta gambar beliau bersama Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Ansari dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang diadakan baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, Noh memaklumkan pertemuan yang diadakan di kafe dalam Bangunan Kumpulan Muara itu berjalan lancar.

"Perjumpaan santai saya di kafe Bangunan Kumpulan Muara bersama Pesurujaya Pas Selangor dan Pengerusi Bersatu Selangor membincangkan tentang kuota pengagihan jawatan JPKKP dalam kerajaan Persekutuan.

"Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar seperti yang dirancang," tulisnya ringkas.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, Dr Ahmad Yunus menyifatkan pertemuan tersebut bagi memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) ke arah kerajaan PN Plus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang itu juga berkata, secara tidak langsung pertemuan itu menafikan naratif yang dibina musuh iaitu Pas ‘bermain dua kolam’ sebaliknya mahu menjadi penghubung perpaduan ummah demi politik dan masa depan negara.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!