Cari kaedah alternatif sebagai pecutan terakhir

Muhd Syafiw Ikmal
Muhd Syafiw Ikmal
A
A
A

MELAKA - Belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan antara inisiatif yang diambil bagi mengelakkan daripada tercicir dalam pelajaran dan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput, Muhd Syafiq Ikmal Muhd Sabki, 18, mengakui terpaksa menggunakan kaedah sendiri untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan itu.

“Selalunya saya menyertai sesi pembelajaran berkumpulan setiap hujung minggu bersama kawan dalam kumpulan kecil.

“Saya lebih suka belajar secara berkumpulan kerana bagi saya kurang tekanan dan adakalanya kita dapat lebih memahami penerangan yang diberikan oleh rakan,” katanya.

Jelasnya, dia juga tidak ketinggalan menghadiri kelas secara dalam talian serta kelas tambahan yang disediakan guru sebagai persiapan terakhir.

“Belajar dalam norma baharu bukanlah alasan untuk saya mengambil ringan peperiksaan besar ini malah dijadikan sebagai momentum untuk terus positif. Pada masa yang sama sentiasa berdoa agar dipermudahkan untuk menjawab soalan nanti,” katanya kepada Sinar Ahad.

Pelajar SMK Dang Anum, Nur Hakimy Nordin, 18, pula berkata, dia memilih menonton video pembelajaran di saluran Youtube sebagai medium untuknya memahami subjek tertentu yang kurang difahami.

Artikel Berkaitan:

Nur Hakimy
Nur Hakimy

“Apa sahaja cara yang boleh sebagai pecutan terakhir untuk menghadapi SPM saya akan praktikkan.

“Saya juga memilih untuk memperbanyakkan latihan dan mengulangkaji kertas peperiksaan SPM tahun terdahulu untuk mempersiapkan diri bagi menduduki peperiksaan,” katanya.