X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Ibrahim hargai sumbangan masyarakat Cina di Johor

Sultan Ibrahim
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Johor menghargai peranan serta penglibatan masyarakat Cina ketika pembukaan dan pembangunan negeri ini sejak awal zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Dalam satu wawancara khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baginda memberi penghormatan kepada masyarakat Cina yang turut bersama-sama bekerja keras dalam membantu membangunkan serta memodenkan Johor.

Di samping menggambarkan masyarakat Cina sebagai antara 'tiang ekonomi Johor', Sultan Johor bertitah, sumbangan mereka yang luar biasa perlu turut diiktiraf.

Mengimbas sejarah, Sultan Johor bertitah, masyarakat Cina diundang ke Johor sebagai 'tetamu' pada zaman nenek moyang baginda bagi bersama-sama membantu mengembangkan negeri dan bukannya dilihat sebagai 'pendatang'.

"Nenek moyang saya mempunyai pandangan jauh untuk menjalin hubungan yang unik dengan masyarakat Cina. Mereka bukan 'pendatang'. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah dan mengusahakan ladang.

"Mereka adalah bangsa Johor sama seperti orang Melayu, orang India dan lain-lain... semuanya orang Malaysia," jelas baginda lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!