X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita 90 tahun redah salji tebal demi vaksin

Fran Goldman
A
A

WASHINGTON - Seorang warga emas berusia 90 tahun di Amerika Syarikat (AS) sanggup berjalan kaki dengan menggunakan dua tongkat meredah salji tebal sejauh 9.6 kilometer demi untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Fran Goldman dari Seattle nekad berbuat demikian selepas dia akhirnya berjaya membuat janji temu untuk suntikan dos pertama pada Ahad lalu.

Menurut laporan Seattle Times, wanita terbabit turut melakukan percubaan berjalan sejauh hampir lima kilometer ke hospital tersebut sehari sebelum itu.

"Ia adalah perjalanan yang sangat mencabar," ujarnya yang lewat lima minit ketika tiba di hospital itu.

Anaknya, Ruth menyifatkan ibunya seorang wanita yang tabah.

"Ibu saya tidak melihat salji tebal sebagai halangan untuk dia mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Dia sanggup berjalan sejauh itu.

"Dia mempunyai pendirian luar biasa,'anda tidak boleh biarkan kesulitan menjadi penghalang'," katanya yang menjelaskan ibunya telah menjalani pembedahan punggung pada tahun lalu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!