Harga turun, orang ramai serbu kedai emas di PKNS

Penawaran harga emas yang murah menjadi punca utama pelanggan datang ke kedai emas untuk membeli perhiasan diri.
Penawaran harga emas yang murah menjadi punca utama pelanggan datang ke kedai emas untuk membeli perhiasan diri.
A
A
A

SHAH ALAM - Berikutan penurunan harga emas sejak awal bulan ini, orang ramai dilihat menyerbu di kedai-kedai emas di Kompleks PKNS di sini.

Tinjauan Sinar Harian pada Sabtu mendapati peningkatan pengunjung ke kedai emas ini berlaku sejak dua minggu lalu.

Antara perhiasan yang menjadi pilihan pelanggan di kedai tersebut ialah gelang emas dan cincin.

Salah seorang pekerja di kedai emas yang ingin dikenali sebagai Muiz berkata, kedainya mula dipenuhi pelanggan sejak jam 10 pagi Sabtu.

Kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam dipenuhi orang ramai sejak dua minggu lalu kerana harga emas telah turun.
Kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam dipenuhi orang ramai sejak dua minggu lalu kerana harga emas telah turun.

Menurutnya, harga emas mula turun daripada sekitar RM240 satu gram kepada RM217 satu gram sejak dua minggu lalu.

"Majoriti pelanggan yang datang mahu cari gelang emas dan cincin kahwin. Sebab harga murah, jadi mereka tak mahu lepaskan peluang ni untuk beli emas," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, salah seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Hazman berkata, dia bersama tunangnya pergi ke kedai emas untuk membeli gelang perkahwinan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ketika ini merupakan masa yang paling sesuai untuk mendapatkan barangan emas kerana harganya sedang murah.

"Saya nak beli gelang emas sebagai hadiah hantaran untuk majlis kami bulan Jun nanti. Sebab sekarang tengah murah, kita beli terus sebab bila-bila harga boleh naik semula," katanya.

Pelanggan tetap mengamalkan penjarakan fizikal dengan baik ketika tinjauan Sinar Harian di sebuah kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam pada Sabtu.
Pelanggan tetap mengamalkan penjarakan fizikal dengan baik ketika tinjauan Sinar Harian di sebuah kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam pada Sabtu.

Sementara itu, seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Harun berkata, dia terkejut melihat ramai orang ke kedai emas untuk membeli perhiasan diri.

Menurutnya, dia dan isteri terus ke sana selepas dia mendapat tahu tentang penurunan harga emas di media sosial.

"Isteri ajak saya temankan dia beli rantai emas untuk anak saya, saya ikut sahaja.

"Saya tak tahu harga emas turun, isteri beritahu yang dia dapat maklumat itu dari Facebook," katanya.

Pelanggan mula datang ke kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam sejak jam 10 pagi Sabtu.
Pelanggan mula datang ke kedai emas di Kompleks PKNS Shah Alam sejak jam 10 pagi Sabtu.