Lakukan persiapan terbaik

Aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah bakal membuka saingan Liga-M 2021.
Aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Kedah bakal membuka saingan Liga-M 2021.
A
A
A

KESEMUA pasukan Liga Malaysia (Liga-M), diharap dapat melakukan persiapan terbaik dengan memanfaatkan tempoh latihan berpusat setelah jadual rasmi bagi saingan Liga Super dan Liga Premier diumumkan pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kesemua pasukan juga diharap terus fokus dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“MFL telah mengeluarkan jadual rasmi Liga-M iaitu Liga Super dan Liga Premier. Walaupun tiada kejohanan Piala FA bagi musim 2021, saya berharap kesemua pasukan dapat melakukan persiapan terbaik bagi memastikan persembahan berkualiti selepas jadual liga dikeluarkan.

“Dalam sama, saya turut berharap kesemua pasukan akan sentiasa kekal patuh dengan setiap SOP di mana setiap pasukan telah pun diberikan kebenaran mengadakan program latihan berpusat secara gelembung menerusi dua kaedah iaitu ‘Home’ dan ‘Camp Quarantine’.

“Apa pun, saya percaya keharmonian Liga-M akan terus terjaga jika kita semua memainkan peranan sebagaimana kita telah berjaya lakukan iaitu bebas daripada sebarang kluster di sepanjang penganjuran Liga-M musim 2020 lalu,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan MFL semalam, saingan Liga-M 2021 akan dimulakan dengan aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) yang menemukan juara Liga Super 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, pada 5 Mac.

Sementara itu, Ab Ghani turut mengharapkan agar kerajaan dapat membenarkan kehadiran semula penonton ke stadium dalam skala kecil sekiranya kes-kes Covid-19 di negera ini mencatatkan penurunan.

“Saya bersama Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengemukakan permohonan berkenaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya itulah harapan MFL di mana kami mahu venue perlawanan kembali diceriakan oleh penyokong-penyokong bola sepak tempatan,” katanya.