KPKT lancar kempen 1RAPI Mac ini

Zuraida (tengah) pada majlis penyerahan alat pemadam api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2, Kuantan pada Sabtu.
Zuraida (tengah) pada majlis penyerahan alat pemadam api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2, Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melancarkan kempen 1 Rumah 1 Pemadam Api (1RAPI) bermula Mac ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu bagi memastikan setiap kediaman penduduk di negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu alat pemadam api.

Beliau berkata, ia sebagai persediaan awal jika berlakunya kebakaran.

"Kita tahu kebanyakan pemilik kediaman masih tidak seda kepentingan menyimpan alat pemadam api di kediaman masing-masing.

"Sebab itu, kita di KPKT dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melancarkan (1RAPI) pada bulan depan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di Taman Perumahan Rakyat Makmur, Gambang Jaya 2 di sini pada Sabtu.

Zuraida berkata, projek itu merupakan yang pertama di negara ini di mana syarikat pemaju menyediakan alat pemadam api untuk 161 unit rumah yang mereka bina.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyasarkan lebih ramai pihak pemaju menyediakan alat pemadam api bagi unit kediaman mereka bina.

Sementara itu, mengulas mengenai projek Rumah Malaysia di Pahang, Zuraida berkata, pihak KPKT sudah mengenal pasti lokasi di Lanchang, Temerloh yang sesuai untuk dilaksanakan pembinaan projek berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Perkara itu akan diperhalusi terlebih dahulu dan perbincangan lanjut bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya.