KPN tetap SOP pembukaan rumah ibadat bukan Islam

KPN menetapkan prosedur operasi standard (SOP) rumah ibadat bukan Islam susulan keputusan kerajaan membenarkan semula pembukaannya bermula Jumaat hingga 4 Mac ini.
KPN menetapkan prosedur operasi standard (SOP) rumah ibadat bukan Islam susulan keputusan kerajaan membenarkan semula pembukaannya bermula Jumaat hingga 4 Mac ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) rumah ibadat bukan Islam susulan keputusan kerajaan membenarkan semula pembukaannya bermula Jumaat hingga 4 Mac ini.

KPN dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan bagi negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi bermula 6 pagi hingga 2 petang dan 4 petang hingga 10 malam dengan bilangan kehadiran penganut tidak boleh melebihi 30 orang pada satu-satu masa.

Di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, bilangan kehadiran penganut tidak boleh melebihi 50 peratus daripada saiz ruang rumah ibadat dan tertakluk kepada ketetapan Majlis Keselamatan Negara serta pertimbangan kerajaan negeri atau Kementerian Wilayah Persekutuan.

"Tempoh waktu sembahyang di rumah ibadat bukan Islam (di kawasan PKPB) adalah tertakluk kepada pengurusan masing-masing," katanya.

Kenyataan itu menyebut bagi negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bilangan kehadiran penganut yang dibenarkan adalah mengikut saiz ruang rumah ibadat manakala tempoh operasi tertakluk kepada pengurusan rumah ibadat terbabit.

KPN berkata, kerajaan juga bersetuju membenarkan upacara sembahyang bersempena perayaan Chap Goh Mei yang disambut pada 26 Februari ini semasa tempoh PKP, PKPB dan PKPP tertakluk kepada SOP ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, aktiviti sembahyang di halaman rumah penganut bagi perayaan itu juga dibenarkan namun tidak boleh melepasi kawasan halaman masing-masing.

KPN turut mengingatkan semua penganut yang melakukan aktiviti keagamaan di rumah ibadat masing-masing di seluruh negara agar mematuhi SOP ditetapkan bagi memastikan tiada penularan wabak dalam kalangan mereka dan membudayakan norma baharu untuk memutuskan rantaian Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: