Lelaki maut terbabas ke dalam longkang

Anggota bomba menutup mayat mangsa dalam kejadian di Jalan Lee Ming Hing, Menglembu, Ipoh pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Perak
Anggota bomba menutup mayat mangsa dalam kejadian di Jalan Lee Ming Hing, Menglembu, Ipoh pada Sabtu. Foto: Ihsan JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke tepi jalan di Jalan Lee Ming Hing, Menglembu di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kaunter aduan trafik menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 8.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa, Foong Kok Peng, 57, yang menunggang motosikal jenis Honda C100 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas sehingga terjatuh ke longkang di tepi jalan.

"Mangsa diselamatkan oleh anggota bomba, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini pada Sabtu.

A Asmadi berkata, siasatan lanjut mendapati tiada kesan pelanggaran atau kesan brek dijumpai di sekitar tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian akan dijalankan selepas keputusan Covid-19 diperoleh.

"Motosikal berkenaan juga ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: