17 maut kebakaran di hotel bajet di New Delhi

Seorang kanak-kanak turut maut dalam kebakaran itu.
A
A

NEW DELHI - INDIA. Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel bajet setinggi empat tingkat di New Delhi, awal pagi tadi.

Insiden itu berlaku di Hotel Arpit Palace di kawasan sesak di tengah ibu negara.

"Jumlah kematian itu telah disahkan pihak berkuasa hospital dan mangsa termasuk seorang kanak-kanak. Seorang wanita dan budak maut kerana terjun dari tingkap kerana mahu menyelamatkan diri.

"Seramai 35 diselamatkan dalam operasi dijalankan selama beberapa jam dan kebakaran itu juga berjaya dikawal dengan bantuan kira-kira 25 jentera pemadam kebakaran," kata jurucakap bomba, Sunil Choudhary.

Menurut polis, mereka sedang menyiasat punca kejadian itu. - AFP