X

Kindly register in order to view this article
!

Red Star Belgrad mohon maaf kepada Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic. - Foto goal.com
A
A

GERGASI Liga Serbia, Red Star Belgrade membuat memohon maaf kepada bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic berikutan cacian berbaur rasis daripada seorang penyokong yang dilemparkan kepada pemain berkenaan.

Ibrahimovic yang tidak beraksi pada perlawanan berkenaan dilaporkan menjadi sasaran penyokong berkenaan kerana dia memiliki kaitan keturunan dan persaudaraan dengan etnik Bosnia.

“Kami dari Red Star, mengutuk sikap rasis ini yang disuarakan menerusi ‘chant’ oleh penyokong ketika aksi Liga Europa baru-baru ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghukum penyokong berkenaan.

“Sekali lagi, kami memohon maaf kepada Ibrahimovic dan berharap insiden sama tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!