X

Kindly register in order to view this article
!

Dua wanita Malaysia antara 14 kes import baharu di Singapura

Sehingga kini Singapura mecatatkan 59,846 kes positif Covid-19.
A
A

SINGAPURA - Dua wanita warganegara Malaysia merupakan antara 14 kes import Covid-19 baharu dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

MOH dalam data penuh dikeluarkan di sini lewat malam Jumaat, menyatakan kedua-dua wanita itu merupakan pemegang permit kerja yang baharu tiba dari Malaysia dan asimptomatik.

Kes import lain merupakan dari Bangladesh, India, Indonesia, Nepal dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

MOH menyatakan seorang lelaki dari India yang merupakan seorang pekerja kapal, tiba dari Malaysia juga merupakan antara kes import.

Menurut MOH, pemegang pas khas yang asimptomatik itu yang masih berada di atas kapal telah diuji di atas kapal tersebut.

Singapura yang mempunyai dua kluster Covid-19, tidak melaporkan kes jangkitan dalam komuniti pada Jumaat. Jumlah keseluruhan kes di republik itu kini 59,846.

Sehingga kini Singapura mengklasifikasikan 3,014 kes sebagai kes import, 2,322 kes komuniti dan 54,510 sebagai kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Sejumlah 59,697 telah pulih sepenuhnya dan didiscaj daripada hospital atau pusat penjagaan komuniti di sini.

Terdapat 20 kes yang disahkan masih berada di hospital dan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 100 pesakit dengan simptom ringan atau secara klinikalnya sihat tetapi masih diuji positif Covid-19, sedang diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini 29 kematian dilaporkan akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di sini. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!