Kenderaan robotik milik AS selamat mendarat di Marikh

Salah satu gambar hitam putih yang dirakamkan oleh kenderaan robotik Perseverance yang dihantar ke makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat di Pasadena, California pada Khamis. - Foto AFP
Salah satu gambar hitam putih yang dirakamkan oleh kenderaan robotik Perseverance yang dihantar ke makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat di Pasadena, California pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Kenderaan robotik Perseverance milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) akhirnya mendarat di permukaan Marikh pada Khamis selepas dilancarkan kira-kira tujuh bulan dilancarkan dari Florida, Amerika Syarikat (AS).

Kenderaan robotik itu juga bersedia dengan misinya untuk mencari tanda-tanda kehidupan mikrob di planet tersebut.

"Pendaratan disahkan," kata Swati Mohan iaitu ketua operasi misi NASA di Marikh yang berketurunan India kira-kira sekitar jam 3.55 petang waktu tempatan di makmal agensi angkasa lepas AS itu di Pasadena, California.

Menurut AFP, suasana gembira menyelubungi makmal itu selepas kenderaan robotik tersebut mendarat di permukaan planet Marikh.

"Woww!," menurut ciapan Pembantu Pentadbir NASA, Thomas Zurbuchen di Twitter ketika beliau turut menyiarkan gambar hitam putih yang pertama dirakamkan Perseverance dari kawah Jezero di bahagian utara Marikh.

Beberapa saintis percaya bahawa kira-kira 3.5 bilion lalu, kawah tersebut merupakan sebuah sungai yang mengalir ke dalam sebuah tasik.

Lakaran artis menunjukkan kenderaan robotik Perseverance. - Foto NASA
Lakaran artis menunjukkan kenderaan robotik Perseverance. - Foto NASA

Presiden AS, Joe Biden turut memuji pendaratan bersejarah kenderaan robotik itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh beberapa tahun lagi, kenderaan robotik itu akan mengambil kira-kira 30 batu dan tanah dan akan dihantar ke Bumi pada tahun 2030an untuk dianalisis di makmal AS.

Kira-kira sebesar saiz kenderaan utiliti lasak (SUV) dan seberat satu tan, ia dilengkapi dengan lengan robotik sepanjang dua meter panjang serta mempunyai 19 buah kamera termasuk dua mikrofon untuk melakukan misi saintifik di planet tersebut.

Kenderaan robotik itu yang turut membawa sebuah helikopter kecil mengembara sejauh 470.73 juta kilometer dari Bumi untuk tiba di Marikh selepas dilancarkan dari roket Atlas V pada 30 Julai tahun lalu di Cape Canaveral, Florida AS. - Agensi