Yayasan Bank Rakyat taja program tuisyen 13,212 pelajar tahun lalu

Ahmad Badli (kiri) bersama Nazir Hussin (dua dari kiri) pada majlis perasmian yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat.
Ahmad Badli (kiri) bersama Nazir Hussin (dua dari kiri) pada majlis perasmian yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan hampir RM550,000 untuk 253 Program Tuisyen Rakyat sepanjang tahun 2020 di seluruh negara walaupun ketika pandemik Covid-19.

Majlis perasmian pada Jumaat dijalankan secara dalam talian disertai hampir 300 pelajar yang menerima bantuan pendidikan melalui Program Tuisyen Road To Success.

Program tuisyen ini dijalankan secara norma baharu iaitu pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bertujuan untuk membantu meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar ini menjawab soalan peperiksaan SPM.

‘Program Tuisyen Road To Success' yang dikelolakan oleh Kelab Rakan Motivasi (KRM) Kuala Lumpur, merupakan badan bertindak bagi melaksanakan inisiatif ini.

Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dalam ucapannya berkata, beliau berharap program ini dapat memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya masyarakat luar bandar dan miskin bandar, tambahan ilmu pengetahuan dan pengetahuan cara untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

“Semoga dengan usaha ini, pelajar-pelajar bagi program ini berjaya mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM Isnin ini,” katanya.

Katanya, ketika negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19, YBR amat berharap program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Nazir Hussin (kiri)) bersama hampir 300 pelajar yang menerima bantuan pendidikan melalui Program Tuisyen Road To Success.
Nazir Hussin (kiri)) bersama hampir 300 pelajar yang menerima bantuan pendidikan melalui Program Tuisyen Road To Success.

Nazir Hussin juga berharap penganjuran program seperti ini dapat memberi inspirasi kepada organisasi-organisasi lain bahawa program bantuan masih boleh juga dilaksanakan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti kelas-kelas tuisyen secara atas talian atau pelbagai lagi bentuk program-program kemasyarakatan.

“YBR akan lebih berusaha dan memperbanyakkan lagi program-program seperti ini yang bukan sahaja dapat membantu pelajar sekolah dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik, malah dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dalam negara supaya selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun dilakukan secara live di alam maya,” katanya.

Turut hadir Pengerusi KRM Kuala Lumpur, Ahmad Badli Badaruddin dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Sehingga tahun 2020, seramai 80,445 orang murid telah memperoleh manfaat melalui program ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.02 juta.