10,924 polis Perak bakal terima vaksin

Datuk Mior Faridalathrash Wahid
Datuk Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

IPOH - Seramai 10,924 pegawai dan anggota polis Perak bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, jumlah itu turut membabitkan semua formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri tersebut, selaras pengumuman program vaksinasi untuk petugas barisan hadapan.

"Ini secara tidak langsung telah menaikkan motivasi dan keyakinan diri petugas barisan hadapan untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

“Saya mewakili seluruh warga barisan hadapan PDRM Perak menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan negeri atas keprihatinan tersebut dengan menjadikan kami sebagai keutamaan dalam penerimaan vaksin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu beliau berkata, setakat ini empat lokasi di Perak masih diletakkan di bawah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) iaitu Penjara Taiping, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II di Gerik, Kampung Teluk Air Tawar, Sitiawan dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Batu Gajah.

"Meskipun Perak diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pergerakan merentas negeri dan daerah masih lagi tidak dibenarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: