X

Kindly register in order to view this article
!

WHO syak arnab, spesies musang turut sebar Covid-19

Arnab mencadangkan arnab yang dijual di pasar Wuhan di China berkemungkinan turut menyebarkan Covid-19 kepada manusia.
A
A

MOSCOW - Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik Covid-19 mencadangkan arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut The Wall Street Journal, penyelidik bagaimanapun menyedari perlunya penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan tersebut dan haiwan-haiwan lain di pasar itu. Mereka belum lagi dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.

Pakar juga menegaskan China perlu melakukan ujian lebih menyeluruh di ladang penternakan mink (sejenis spesies musang) selepas penularan dua hala SARS-CoV-2 antara manusia dan mink disahkan di Eropah.

Pasukan pakar WHO menamatkan lawatan kerja empat minggu ke China minggu lalu.

Pada sidang media, mereka mengumumkan bahawa ia bukan kebocoran virus dari makmal, manakala peranan pasar basah Wuhan masih belum jelas.

Penyelidik berpendapat timbul keraguan Covid-19 berpunca daripada kelawar dan menyatakan kemungkinan wujudnya perumah perantara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!