X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 08 Julai 2022

PKPD di taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah ditamatkan

Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKP dan PKPD di Perdana Putra hari ini. 
-Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang yang bermula 9 Februari akan ditamatkan esok (Sabtu), dua hari lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan.

Sebelum ini kerajaan memutuskan 18 taman perumahan itu dikenakan PKPD selama dua minggu hingga 22 Februari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 886 saringan dan daripada jumlah itu, 36 kes positif Covid-19 direkodkan.

"Bagaimanapun KKM mengesahkan jangkitan di lokaliti ini adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Feb dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin pada 20 Februari iaitu lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan," katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 443 lagi individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar perintah PKP dan daripada jumlah itu, 404 dikompaun manakala 39 lagi individu direman.

Mengenai Op Benteng semalam, katanya 39 orang pendatang tanpa izin telah ditahan dan dua bot/kapal serta dua kenderaan darat dirampas. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!