Peniaga kekal hadkan bilangan di meja makan

Mohd Kholib Hamid (kanan) memerhatikan Zaidi (dua dari kanan) Mahmud menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada peniaga terjejas di Kota Setar.
Mohd Kholib Hamid (kanan) memerhatikan Zaidi (dua dari kanan) Mahmud menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada peniaga terjejas di Kota Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebilangan peniaga di Kota Setar kekal mengehadkan bilangan pelanggan di meja makan walaupun kelonggaran dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid berkata, peniaga sedar kebenaran makan di premis makanan dibenarkan mengikut keluasan meja bermula Jumaat.

Bagaimanapun katanya, ada peniaga mengambil langkah pencegahan untuk membendung penularan virus Covid-19 dengan tidak mengalakkan pelanggan makan di meja melebihi empat orang.

"Melalui tinjauan, kita dapati sesetengah peniaga masih mengekalkan had bilangan satu meja dua orang, manakala ada yang membenarkan pelanggan makan mengikut keluasan meja dengan penjarakkan satu meter antara satu sama lain.

"Alhamdulillah, penerimaan pelanggan baik dan mereka memahami tindakan peniaga premis makanan yang masih mengehadkan bilangan pelanggan di meja," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas sesi penyerahan bantuan barangan keperluan asas dilakukan Penyelaras Dewan Undngan Negeri (DUN) Suka Menanti, Zaidi Mahmud kepada 50 peniaga yang terjejas di daerah Kota Setar.

Katanya, pelanggan didapati sedia mengikut permintaan peniaga untuk tidak duduk semeja dalam bilangan ramai dan mereka sedar inisiatif peniaga adalah untuk kebaikan bersama.

Dalam perkembangan sama, katanya, peniaga di Kota Setar melahirkan kelegaan atas keputusan kerajaan membenarkan operasi perniagaan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam di kawasan PKPB.

Artikel Berkaitan:

"Kebenaran berkenaan memberi peluang kepada peniaga untuk bangkit semula selepas terjejas sebelum ini, sekali gus meningkatkan jualan mereka untuk menjana pendapatan menyara keluarga.