KPM rayu ibu bapa patuhi SOP

Mohd Radzi
Mohd Radzi
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu terhadap ibu bapa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sewaktu murid berada di luar sekolah.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, antara cabaran dihadapi KPM adalah ketika penyuraian murid selepas tamat sesi persekolahan.

"Kadang kala kita lihat tiada penjarakan fizikal ketika penyuraian murid," katanya pada sidang akhbar pembukaan semula sekolah di bawah KPM pada Jumaat.

Menurutnya, pematuhan SOP di dalam sekolah tidak menjadi masalah kerana perkara itu telah diatasi KPM.

"Di dalam sekolah secara umumnya SOP dapat dipatuhi dengan baik, meja disusun mengikut penjarakan fizikal dan murid makan di dalam kelas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah bermula 1 Mac ini

Beliau berkata, sekiranya kerjasama antara ibu bapa dapat dijayakan dengan baik, murid dapat hadir ke sekolah dengan selamat.

"Kita yakin dapat lakukannya dengan baik dan sesi pembelajaran anak-anak juga berjalan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Radzi mengumumkan pembukaan sekolah rendah di bawah KPM bermula 1 Mac depan manakala pelajar sekolah menengah akan kembali ke sekolah selepas cuti penggal iaitu pada 4 dan 5 April.