X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak 4 tahun mati didera

PDRM
A
A

KAJANG - Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, ibu mangsa berusia 31 tahun yang tidak bekerja dan lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta itu ditahan pada jam 5.45 petang.

"Wanita itu dan teman lelakinya direman enam hari bermula Jumaat sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Zaid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada petugas Jabatan Kecemasan Hospital Kajang pada jam 1.20 tengah hari berhubung kematian mangsa.

"Petugas itu memberitahu mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya.

"Pemeriksaan lanjut doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan," katanya.

Menurutnya, kanak-kanak itu disyaki dipukul teman lelaki ibu mangsa sehingga tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai terdekat atau berhubung terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Faizal Amir di talian 011-33319871.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!