X

Kindly register in order to view this article
!

Guru wanita parah kereta berlanggar dengan lori

Kenderaan Proton Saga dipandu mangsa remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bemban-Tehel, Jasin.
A
A

JASIN- Seorang guru wanita cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bemban-Tehel di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 10.50 pagi itu, Toyibah Md Dasin, 53, yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Molek menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bemban, Jasin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) negeri berkata, setiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke laluan bertentangan dan merempuh lori yang dari arah Bemban menghala ke Bukit Katil.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan manakala pemandu lori berusia 46 tahun tidak cedera.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati jalan berkenaan merupakan laluan berselekoh dan cuaca berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!