X

Kindly register in order to view this article
!

Langgar SOP: Kertas siasatan Annuar Musa diserah ke Bukit Aman

Annuar Musa
A
A

KUALA LUMPUR - Polis selesai menjalankan siasatan ke atas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu majlis baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sudah pun dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan seterusnya.

"Siasatan sudah lengkap dan kertas siasatan sudah dihantar ke Bukit Aman untuk arahan lanjut," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan Annuar telah hadir memberi keterangan kepada polis berhubung isu berkenaan.

Ia berikutan tular di media sosial gambar Annuar bersama beberapa individu lain duduk di meja sambil menikmati jamuan yang didakwa tanpa penjarakan fizikal di sebuah majlis di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Annuar Musa didakwa tidak patuh SOP

Dalam kes berlainan, Saiful Azly menyatakan siasatan ke atas anggota polis yang didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita semasa sekatan jalan raya di Jalan Duta, baru-baru ini sudah selesai.

"Kertas siasatan sudah lengkap dan dihantar ke Bukit Aman (minggu ini) untuk tindakan lanjut," katanya.

Sabtu lalu, seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa mengalami gangguan seksual ketika melalui sekatan di Jalan Duta, menghala keluar dari Kuala Lumpur.

Semasa pemeriksaan dilakukan, seorang daripada anggota polis bertanya soalan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak, selain turut mendakwa tidak akan disaman sekiranya dia menunjukkannya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!