MB individu pertama terima vaksin Covid-19 di Kelantan

Dr Izani (tengah) melihat keadaan pukat sangkar yang akan disumbangkan kepada 33 penerima terpilih.
Dr Izani (tengah) melihat keadaan pukat sangkar yang akan disumbangkan kepada 33 penerima terpilih.
A
A
A

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dijangka menjadi individu pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di negeri itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, suntikan vaksin fasa pertama terbabit dijangka bermula awal Mac ini.

"Bagaimanapun kita menunggu persetujuan daripada Menteri Besar terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan pukat penternakan ikan dalam sangkar kepada 33 nelayan di Kampung Pulau Kundor.

Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, suntikan fasa pertama di Kelantan akan dikhususkan kepada petugas barisan hadapan (fronliner), Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri Kelantan, wakil rakyat dan semua yang dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan termasuk polis.

"Begitu juga dengan petugas media, kita akan pertimbangkan supaya mereka menerima suntikan dan kita akan bincangkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Dr Izani berkata, suntikan kali kedua pula akan dilakukan selepas tiga minggu menerima vaksin kali pertama.

"Pemeriksaan kesihatan juga akan dilakukan terlebih dahulu sebelum individu berkenaan diberikan suntikan vaksin," katanya.

Artikel Berkaitan: