X

Kindly register in order to view this article
!

PDRM kawal ketat Kampung Pohon Chelagi

Abd Rahim (kanan) dan Kashuadi (kiri) mendengar taklimat oleh Mohamad Roy (tengah) ketika tinjauan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas.
A
A

PASIR MAS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan lagi kawalan di Kampung Pohon Chelagi di sini susulan keretakan baharu dikesan di kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, kawalan bertujuan mengelakkan orang ramai menghampiri lokasi berisiko itu.

"Buat masa ini PDRM telah mengeluarkan arahan dan larangan kepada orang awam supaya menjauhi lokasi runtuhan," katanya selepas meninjau runtuhan tebing itu pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Kashuadi Ali; Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA); Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mohamad Roy Suhaimi Sharif.

Menurutnya, disebabkan situasi itu PDRM akan menilai semula radius lokasi larangan baharu kepada orang ramai dan akan diumumkan oleh polis negeri selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Abd Rahim berkata, PDRM juga telah membuka pos Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sejak Rabu lalu untuk pemantauan berterusan selain memastikan kawasan itu dalam keadaan selamat.

Katanya, PDRM sudah mengarahkan penduduk berpindah bagi mengelakkan kemalangan.

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak menghampiri kawasan tersebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!