Dua warga emas disyaki seludup petrol ke negara jiran

Minyak petrol dipercayai untuk pasaran negara jiran.
Minyak petrol dipercayai untuk pasaran negara jiran.
A
A
A

TANAH MERAH - Dua warga emas ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan 500 liter cecair yang dipercayai petrol dalam satu serbuan di pengkalan haram Nurut, Bukit Bunga, awal pagi Jumaat.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Rejimen Sempadan Batalion Ke-4 Kem Gerik ketika rondaan di kawasan berkenaan.

Dua buah kenderaan yang dipenuhi 50 tong minyak petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran.
Dua buah kenderaan yang dipenuhi 50 tong minyak petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran.

Ahmad Azizi memberitahu, dua lelaki berusia 64 tahun itu disyaki menyeludup bahan bakar itu ke negara jiran.

Menurutnya, kegiatan tersebut dikesan ketika anggota tentera sedang melakukan rondaan dan menemui dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipenuhi 50 tong berisi cecair yang dipercayai petrol. Jumlah nilai rampasan ialah sebanyak RM3,484.30.

"Kedua-dua warga emas itu disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Azizi berkata, pihaknya sentiasa optimis menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan terutama ke Thailand.

Artikel Berkaitan: