Amaran hujan lebat di Sarawak sehingga Sabtu

MetMalaysia pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga Sabtu.
MetMalaysia pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak sehingga Sabtu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan dalam tempoh itu juga angin kencang Timur Laut berkelajuan 50 sehingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri di pantai timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: