'Gelaran Datuk pun boleh beli, apatah lagi ijazah'

 Dr Shamsul
Dr Shamsul
A
A
A

KOTA BHARU - Moral dan integriti memainkan peranan penting dalam isu pemalsuan sijil akademik melibatkan pemimpin negara ketika ini.

Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, sepatutnya pemimpin dan mana-mana ahli politik perlu berhati-hati dalam hal seperti ini.

"Rakyat Malaysia matang dalam penggunaan media sosial, seperti guna pelbagai laman internet yang membolehkan mereka menyiasat dan cari maklumat dan foto mengenai apa saja isu yang mereka perlukan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab ahli politik, supaya berhati-hati dan tidak gembar-gemburkan biodata dalam Wikipedia dan lain-lain platform digital.

Beliau yang juga pemerhati politik memberitahu, lebih bahaya lagi apabila ia dilakukan oleh ejen pengisian ataupun pegawai khas yang mungkin tidak sedar maklumat tersebut amat mudah tersebar tanpa disedari.

"Ini yang berlaku sekarang, bukan hanya ahli politik bahkan ramai peniaga beli ijazah juga. Cuma kita tak siasat habis-habisan.

"Gelaran Datuk dan Tan Sri diberitakan juga boleh dibeli apatah lagi sekeping kertas bernama ijazah atau diploma.

"Tapi, kita sudah tahu yang benda itu palsu, atau muslihat, mengapa dibuat juga? Tapi bukan di Malaysia sahaja perkara ini berlaku bahkan di seluruh dunia. Demi mahukan nama dan pangkat. Sama juga dengan pakai kemeja tulis "University of Cambridge" tapi datangnya dari seberang sahaja,"katanya.

Artikel Berkaitan: