Kuarters Hospital Tuaran terbakar

Sederet blok Kuarters Hospital Tuaran musnah dalam kebakaran di Tuaran.
Sederet blok Kuarters Hospital Tuaran musnah dalam kebakaran di Tuaran.
A
A
A

TUARAN - Lima keluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kuarters Hospital Tuaran terbakar pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 17 penghuni sempat menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kebakaran itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.45 pagi.

"Seramai 15 anggota bersama jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak lima kilometer dari balai bomba dan sebaik tiba, kebakaran melibatkan sederet blok kuarters enam pintu separuh kekal di hospital terbabit.

"Terdapat 17 penghuni mendiami lima kuarters berkenaan manakala sebuah lagi kuarters tidak berpenghuni. Usaha memadamkan kebakaran segera dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Abdul Qawie berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.57 pagi.

"Hasil pemeriksaan, kebakaran tidak melibatkan sebarang kematian atau kecederaan namun kuarters musnah sepenuhnya," katanya.

Artikel Berkaitan: