Jeti awam dibina di Kampung Mambong

Raja Shamri (kanan) menyerahkan sumbagan kepada penduduk kampung yang ditemuinya pada Khamis.
Raja Shamri (kanan) menyerahkan sumbagan kepada penduduk kampung yang ditemuinya pada Khamis.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebuah jeti awam bernilai RM10,000 akan dibina di Kampung Mambong di sini bagi membantu memudahkan pergerakan lebih 1,000 penduduk kampung untuk ke bandar.

Pengasas Badan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce (3rdforce), Raja Shamri Raja Husin berkata, jeti tersebut merupakan satu keperluan untuk penduduk di kampung itu memandangkan mereka selama ini bergantung harap sepenuhnya kepada jeti persendirian yang dibina di kawasan tersebut.

Menurutnya, jeti sedia ada agak sempit dan menyukarkan pergerakan mereka terutama warga emas, mereka yang uzur serta orang kurang upaya (OKU).

“Perkhidmatan bot adalah satu-satunya pengangkutan penduduk di kampung ini. Oleh sebab itu kita merasakan jeti yang lebih sesuai perlu dibina bagi memudahkan orang ramai menggunakan bot penambang untuk berulang alik menyeberangi Sungai Kelantan ke bandar Kuala Krai,” katanya kepada pemberita sempena Program Sumbangan Barangan Keperluan Asas Thirdforce di Kampung Mambong dan Kampung Bahagia, di sini pada Khamis.

Katanya, ia akan dibina dalam waktu terdekat dengan kerjasama daripada penduduk kampung serta sukarelawan 3rdforce.

“Kami juga sumbangkan dua enjin bot bernilai RM6,000 untuk kegunaan penduduk kampung. Dengan adanya enjin ini bolehlah bantu mereka jika berdepan masalah dan sebagainya,” katanya.

Artikel Berkaitan: